Antzbazaar sebagaimana portal online shopping yang lain mengambil model perniagaan dropshiping sebagai model perniagaan. Model ini hanya memerlukan admin memasarkan produk ke Marketplace yang sedia ada. Sebarang promosi adalah melalui marketplace.
Proses pemasaran oleh antzbazaar adalah seperti berikut.
Peringkat Pertama
- SMTJB Seller subscribe dalam dropshiping program.
- SMTJB Seller mendapatkan bekalan produk dari Third Party Vendor/Supplier.
- SMTJB Seller mempunyai produk sendiri.
SMTJB Seller menghantar gambar-gambar serta maklumat produk ke antzbazaar.com.
Peringkat Kedua
- Pihak antzbazaar akan menyusun produk tersebut kedalam kategori yang tertentu.
- Pihak antzbazaar juga akan menyenaraikan barangan tersebut ke dalam listing Marketplace sedia ada seperti LAZADA, Youbeli, 11th street dan sebagainya.
- Pihak Marketplace akan membuat promosi mengikut barangan yang telah disenaraikan.
- Pihak antzbazaar juga akan menjual barangan tersebut di dalam talian.
Pihak SMTJB Seller perlu bekerjasama dengan meningkatkan promosi barangan yang telah disenaraikan. Promosi perlu di buat di pengiklanan FB atau insta.
Peringkat Ketiga
- Marketplace akan memasarkan produk yang telah di senaraikan.
- Pihak marketplace akan memaklumkan kepada pihak antzbazaar sekiranya terdapat order dari customer.
- Pihak antzbazaar akan memaklumkan kepada pihak SMTJB Seller order tersebut.
- Pihak SMTJB Seller perlu menguruskan penghantaran produk ke Customer.
Pihak Marketplace akan membayar kepada antzbazaar harga barangan yang dibeli setelah ditolak komisen dan gst.
Penerangan bagi setiap peringkat akan dijelaskan dengan lebih terperici dalam modul education blog ini.



