Pengenalan Kepada Antzbazaar - Antzbazaar

Breaking

Post Top Ad



Post Top Ad



Pengenalan Kepada Antzbazaar


Antzbazaar.com merupakan sebuah portal perniagaan online yang diwujudkan untuk membolehkan para peniaga SMTJB 85/86 memasarkan produk mereka ke seluruh Malaysia. Pada asalnya portal ini di asaskan oleh Mej (B) Hilmy pada bulan Nov 2017. 

Majlis Santai Mengeteh yang diadakan pada 13 Jan 2018 melihat adanya keperluan untuk mewujudkan portal yang berkemampuan dan berdaya saing untuk membawa produk peniaga SMTJB kearah pasaran yang lebih luas. Oleh yang demikian portal yang sedia ada ini dilihat mampu mengumpul serta mengurus keperluan tersebut.

Dari beberapa sudut pandang, tentunya portal ini dilihat banyak kekurangannya. Sesetengah pendapat menyatakan ianya perlu disusun dengan lebih teratur terutamanya dari sudut perundangan, barulah boleh membawa peserta kedalamnya. Namun mengambilkira faktor portal ini telah pun bergerak, admin meneruskan tanpa menunggu faktor perundangan disusun. Namun begitu admin bersetuju faktor perundangan amat perlu untuk mengelakkan sebarang pertelingakahan di belakang hari.

Blog ini diwujudkan untuk memberi penerangan serta tunjuk ajar berkaitan operasi antzbazaar.com. Semoga dengan perkongsian ini memberi banyak manafaat kepada semua terutamanya komuniti peniaga SMTJB 85/86.




Post Top Ad

Responsive Ads Here